Kebaikan Vitamin C Cebion

Kebaikan Vitamin C Cebion

Baru-baru ini, penulis berkunjung ke sebuah klinik aesthetic untuk penjagaan wajah. Di sana penulis dimaklumkan untuk mula mengambil makanan tambahan vitamin C bagi membantu dari segi kecantikan kulit wajah. Mula tertanya, betul ke vitamin C berkesan untuk kulit?

Baiklah, pada yang tidak tahu, vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Foto – MaxLiving

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik Vitamin C:

  1. Buah-buahan: jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.
  2. Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.

Fakta: Sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin C.

Kebaikan Vitamin C Pada Kulit

Berbalik kepada soalan penulis tadi, didapati suplemen vitamin C sangat popular dalam kalandan wanita sekarang.Ia merupakan sejenis suplemen yang dapat membantu dari segi kecantikan wajah. Suplemen ini boleh diambil dalam bentuk tablet atau serbuk, walaupun demikian, suplemen ini juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Sebagai contoh harus mengelakkan beberapa tabiat buruk seperti merokok, minum minuman beralkohol serta minuman yang berkafein. Hal ini kerana tabiat seperti ini dapat mengganggu fungsi suplemen vitamin C.

Foto – shutterstock.com

Antara kebaikan yang diberi;

Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan – Hal ini kerana banyak orang pada masa kini mempunyai masalah kekurangan vitamin C dalam badan. Oleh itu, bagi membantu menangani masalah ini dengan lebih cepat ianya lebih baik untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen bagi kesan yang lebih cepat.

Penghasilan kolagen –Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Oleh itu, ianya dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat berterusan dengan lebih cepat menerusi kaedah suplemen ini.

IKLAN

Menghasilkan kulit yang berseri –Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ini merupakan idaman semua wanita pada masa kini.

Membantu menghindari jangkitan kuman –Hal ini kerana vitamin C amat penting untuk membina sistem imun yang kuat lagi kebal. Oleh itu, ianya sangat penting untuk mendapatkan vitamin C yang cukup bagi kesihatan kita. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan kita tidak cepat mendapat sebarang jangkitan kuman kerana sistem imun yang kuat.

Kesan Sampingan Vitamin C

Foto – avancefitness.com

Secara umumnya, vitamin C adalah selamat diambil dalam dos yang disyorkan. Kesan sampingan yang biasa ialah loya, cirit-birit dan kekejangan perut.

Namun, pengambilan dos vitamin C yang tinggi (> 2000mg) untuk jangkamasa panjang adalah tidak disarankan. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti cirit-birit yang teruk dan pembentukan batu dalam buah pinggang (yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang).

Disyorkan sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu agar tidak memudaratkan kesihatan.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2

IKLAN

Kebaikan Vitamin C Cebion

Source: https://wanista.com/2019/185036/apa-kebaikan-pengambilan-suplemen-vitamin-c-kepada-kulit/

SHARE
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 komentar:

Posting Komentar

banner